Cerpen dan Novel

Rupanya Allah bagi dengan cara Allah ambil

21 Jun 2026 · abubakar · 2 minit baca

Nasihat yang mahal untuk saya..

Rupanya Allah bagi dengan cara Allah ambil..

Ketika sedang kuliah maghrib di satu Madrasah di Segambut, saya lihat ada seorang pakcik yg “struggle” masuk masjid dengan “WheelChair” dan duduk.dalam majlis.. berbaju Tshirt belang berseluar slek,. Wajah yang mendengar dengan penuh tawajuh.. air mata mengalir membasahi pipi beliau..

Selesai kuliah, saya menyapa beliau dan duduk di samping beliau.. kami berbual. Demi Allah, mahal ilmu yang saya dapat dari beliau.

Katanya, dulu beliau mempunyai kehidupan macam orang lain, ada isteri, anak2 dan pekerjaan yang begitu menjadi sebab kesibukan beliau. Dunia dikejar, kesenangan dicari. Sehinggakan masa 24jam terasa begitu singkat bagi beliau.

Tidak pernah beliau duga..

Satu hari yang telah mengubah seluruh kehidupan beliau. Allah uji dengan ujian yang begitu berat. Beliau sekeluarga diuji kemalangan jalan raya yang telah menjadi asbab kematian isteri dan semua anak beliau. Bukan hanya setakat itu. Beliau juga mengalami kecacatan kekal kesan daripada kemalangan itu. Separuh badan beliau dari pinggang ke bawah telah lumpuh.

Ustaz, dulu saya seolah-olah ada segala-galanya. Anak2, isteri dan pekrjaan. Sehinggakan saya tiada masa untuk Allah yang menciptakan semua ini untuk saya. Tapi, sekelip mata, Allah ambil semuanya dari saya, Sehinggakan baru terbuka mata saya. Tak ada apa yang saya punya pun, Allah punya semua. Dia cuma pinjamkan sekejap, dan Dia ambil balik semua.

Dulu saya ada dunia, tapi saya tak ada Allah. Masjid pun saya tak datang. Rupa-rupanya, Allah ambil anak isteri saya, untuk bagi benda yang lebih mahal dari itu. Allah ambil keluarga saya tapi Allah BAGI SAYA DATANG SOLAT JEMAAH 5 waktu.. Demi Allah, sekarang, walaupun saya sebatang kara.. tapi saya Bahagia..

Moga Allah istiqomah kan pakcik sampai mati dan jadi Asbab hidayat ummat..

Di dunia ini, bukan hanya kita diuji.. semua orang diuji.. senyum dalam ujian itu sangat mahal. Bangun dan sambung apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Itu maksud hidup kita.

Hargailah dengan berkorban perasaan untuk Allah kerana hidup di dunia ini bukan sampai bila-bila.. Akhirat itulah kehidupan sebenar..

Fb : Syed Putra Haizam

A

Penulis

Alamkia

Penulis kreatif yang menggabungkan undang-undang keluarga Islam dengan penulisan bermakna untuk pembaca Muslim Malaysia.